fb fb fb fb fb

Program Usahawantani Putra-Perhebat bantu sosio ekonomi pesara tentera

(Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari ketika menghadiri lawatan kerja di tapak Program Usahawantani
Putra-Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang)

SERDANG, 11 Julai- Bakal Pesara dan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berpeluang menikmati manfaat menerusi Program Usahawantani Putra-Perhebat.

Mula dilaksanakan pada Mac lalu, ia merupakan kolaborasi Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, kerjasama itu turut menyediakan latihan dan bimbingan berstruktur khusus dalam bidang pertanian.

"Jadi kita tahu bahawa, ia bermula pada Mac dan hari ini kita boleh melihat sebahagian daripada hasil yang telah kita usahakan.

"Ini adalah untuk memastikan kita boleh meningkatkan lagi sosio ekonomi anggota veteran kita,"katanya.

Peserta ditawarkan dalam dua kategori iaitu Bakal Pesara dan Veteran ATM.

Bakal Pesara akan mengikuti latihan dalam industri selama tiga hingga lima bulan dan Veteran ATM berkonsepkan terbuka kepada yang berminat bagi mengusahakan pertanian kelompok di UPM.

Tiga fokus utama diketengahkan iaitu tanaman, ternakan dan perikanan.


(Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari)

Media Baharu