fb fb fb fb fb

Program Susunan Terpanjang Kenderaan @50WP diiktiraf MBOR - JWP

Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Fadlun Mak Ujud

PUTRAJAYA, 4 Februari- Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) telah mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records (MBOR) melalui Program Susunan Terpanjang Kenderaan @50WP dengan penglibatan 644 kenderaan yang disusun sepanjang 3.35 kilometer.

Menurut Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Fadlun Mak Ujud, acara tersebut diadakan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Kesemua kenderaan terdiri daripada kenderaan persendirian, kenderaan persatuan, kenderaan milik kerajaan dan swasta.

"Kerjasama erat antara agensi kerajaan, swasta dan komuniti wilayah dalam merealisasikan misi cipta rekod di peringkat negara, melambangkan kejayaan dan kecemerlangan Wilayah Persekutuan.

"Ini juga dapat memupuk semangat kekitaan dalam kalangan warga wilayah selain memupuk perpaduan sejagat, keharmonian dalam memacu Wilayah Persekutuan serta melahirkan rakyat Malaysia yang berdaya saing dan maju," kata Datuk Fadlun kepada pemberita pada Hari Terbuka Putrajaya, pagi tadi.

Terdahulu, Menteri Wilayah Persekutuan, Dr. Zaliha Mustafa menerima sijil pengiktirafan MBOR daripada pegawai MBOR, Siti Hajar Johor.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM