fb fb fb fb fb

Program Simulasi Haji Cilik himpun 1,126 peserta

1,126 peserta program Simulasi Haji Clik menyertai program yang diadakan di Masjid Al-Jauhar/Foto RTM

JOHOR BAHARU, 12 Jun- Seramai 1,126 jemaah haji cilik dari 41 buah tadika Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM) Negeri Johor berumur lima hingga enam tahun menyertai Program Simulasi Haji Cilik di Masjid Al-Jauhar, Skudai.

Menurut Pengerusi PERTIM Johor, program tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada kanak-kanak berkaitan pelaksanaan ruukun haji menerusi simulasi meliputi urusan imigresn,wukuf,mudzalifah, Sai'e dan tawaf.

Macam kursus haji. Jadi macam itulah juga, hari ini adalah hari melaksanakan haji.Mereka diberi pasport untuk dicop setiap kali pergi ke 'Check point'", katanya yang ditemui pada program berkenaan.

Sementara itu, beberapa peserta program yang ditemui RTM menyatakan keterujaan kerana dapat menghadiri dan merasai proses melaksanakan rukun haji.

Salah seorang peserta, Muhammad Uwais Al-Qarni Ezwan menyatakan keterujaan melaksanakan rukun haji berkenaan.

"Suka kerana dapat memakai pakaian ihram, berwukuf di Arafah, melontar Jamrah, Sai'e dan tawaf", katanya.

Manakala seorang lagi peserta, Marissa Mikhayla menanamkan niat bagi mengerjakan ibadah haji bersama-sama ahli keluarganya.

"Apa perkara menarik yang Marissa belajar daripada program ini ialah Marissa dapat mengelilingi Kaabah.Bertemu dengan rakan-rakan.Insya-Allah, suatu hari nanti Marissa ingin menunaikan haji dengan ayah dan ibu", ujar Marissa.

Program yang telah memasuki penganjuran kali ketujuh berjaya menghimpunkan seramai 128 guru dan sukarelawan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD