fb fb fb fb fb

Program Semarak Syawal dan Bazar Industri Makanan: FAMA Perlis sasar lebih RM600,000 nilai jualan

KANGAR, 30 April- Sebanyak RM641,000 nilai jualan disasarkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis sempena Program Semarak Syawal dan Bazar Industri Makanan

Program berlangsung selama lima hari bermula 28 April hingga 2 Mei ini menyediakan peluang kepada 110 usahawan menyediakan bekalan barangan keperluan sempena Aidilfitri

Menurut Exco Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Nurulhisham Yaakob, jualan dan promosi khas Aidilfitri melibatkan 31 outlet pemasaran meliputi Pasar Tani, Pasar Tani Kekal, Agrobazaar Rakyat dan Agrobazaar Kedai Rakyat.

Ujarnya, pengguna di Perlis boleh mendapatkan bekalan barangan segar seperti ayam, daging dan sayur-sayuran serta pelbagai juadah hari raya yang dijual di outlet terlibat.

"Kalau beli terus ikut harga pasaran yang ada ini, daging RM39, ayam RM8.90 sekilo dan sayur-sayuran kebanyakan kita kurang kepada RM2 sekilo untuk keperluan harian. semua barangan segar, bekalan daging segar dan ayam segar, sekiranya tak mencukupi kita boleh dapat daging beku, ayam beku yang kita sedia dari masa ke semasa untuk raya tahun ini. jadi bagi saya, bekalan daging dan ayam sama ada segar atau beku tidak menjadi masalah di Perlis ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Jualan Semarak Syawal dan Bazar Industri Makanan di Pasar Tani Kekal, Taman Sena Indah, Kangar.

Menyentuh mengenai bekalan barangan terutamanya telur ayam, daging dan ayam, bekalan di Perlis adalah mencukupi untuk menampung permintaan tinggi pada Hari Raya nanti.


(Exco Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Nurulhisham Yaakob pada program Jualan Semarak Syawal dan Bazar Industri Makanan di Pasar Tani Kekal, Taman Sena Indah, Kangar)

Media Baharu