fb fb fb fb fb

Program Rakan Muda Ramadan, lebih 400 belia terlibat

AYER KEROH, 14 April- Lebih 400 belia di Melaka menyertai program Rakan Muda Ramadan anjuran Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Melaka.

Pengarahnya, Khairul Adri Rosli berkata penyertaan itu dilihat meningkat berbanding tahun lalu, sekaligus membuktikan program kerohanian turut mendapat sambutan daripada golongan muda.

"Inisiatif dilaksanakan bagi mengimarahkan bulan Ramadan yang mulia.

"Program ini juga dapat menyemarakkan semangat ukhwah golongan muda di Melaka bersama-sama agensi kerajaan.

"Kami mahu melahirkan belia berinsaniah dan mempunyai nilai kerohanian yang tinggi," katanya kepada pemberita di sini.

Antara pengisian adalah tazkirah Ramadan, tadarus dan khatam Al-Quran serta agihan bubur lambuk.

Mengulas lanjut, Khairul Adri berkata, secara keseluruhan terdapat empat kelab Rakan Muda dengan penyertaan kira-kira 800 orang di Melaka.

Justeru, beliau menggalakkan lebih ramai belia berusia antara 13 hingga 25 tahun untuk menyertai kelab berkenaan yang menyediakan pelbagai aktiviti bermanfaat bagi mengisi masa lapang.


(Antara pengisian adalah tazkirah Ramadan, tadarus dan khatam Al-Quran serta
agihan bubur lambuk)

Media Baharu