fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI dibuka tinggi

(Foto Hiasan)

KUALA LUMPUR, 14 April- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives didagangkan lebih tinggi pagi ini, sejajar dengan prestasi positif pasaran tunai asas.

Pada pukul 9.35 pagi, April 2023 dan September 2023 masing-masing meningkat 3.0 mata untuk mencatatkan paras 1,436.5 dan 1,428.5, Mei 2023 menambah 2.5 mata kepada 1,437.5 manakala Jun 2023 menokok 3.5 mata kepada 1,439.0.

Jumlah dagangan dan kepentingan terbuka masing-masing 1,184 lot dan 32,983 kontrak.

Sementara itu, penanda aras FBM KLCI peroleh 0.07 mata kepada 1,434.29 daripada penutupan semalam pada 1,434.22 selepas 38 minit dagangan. - BERNAMA


(Foto Hiasan)

Media Baharu