fb fb fb fb fb

29 ibu tunggal, anak yatim terima sumbangan Aidilfitri

SEREMBAN, 14 April-Seramai 29  ibu tunggal dan anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Minang Negeri Sembilan (PKMMNS) menerima sumbangan wang tunai serta barangan keperluan menjelang Aidilfitri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Ampangan, Datuk Dr Mohamad Rafie Abdul Malek berkata, kerajaan negeri menyokong penuh usaha yang dilaksanakan pertubuhan itu dalam memastikan kebajikan ahli terbela.

Tambahnya, peranan beliau sebagai ADUN di kawasan itu penting bagi memastikan kebajikan rakyat terus terjaga.

"Kita perlu memastikan masyarakat berada dalam keadaan harmoni dan sejahtera serta berusaha meningkatkan taraf hidup rakyat. Bagi saya ini sangat penting selaku orang yang diamanahkan," katanya kepada pemberita di sini.

Menurut penerima, Yarnis Rahid, ia dapat meringankan beban saya sekeluarga menjelang Aidilfitri nanti.

"Bantuan Aidilfitri ini sedikit sebanyak membantu merigankan beban keluarga saya terutama ketika menyambut Hari Raya tidak lama lagi," katanya.


(Peranan beliau sebagai ADUN di kawasan itu penting bagi memastikan
kebajikan rakyat terus terjaga)

Media Baharu