fb fb fb fb fb

KDN tumpu selesai permohohan kewarganegaraan kategori anak angkat

(Saifuddin Nasution Ismail/BERNAMA)

SEREMBAN, 14 April- Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberi keutamaan terhadap permohonan status kewarganegaraan kategori anak angkat selain individu yang lahir sebelum negara mencapai kemerdekaan.

Menterinya, Saifuddin Nasution Ismail berkata permohonan bagi kategori membabitkan anak angkat adalah tertinggi daripada jumlah keseluruhan status kewarganegaraan yang masih belum selesai melibatkan 133,436 permohonan.

"Dalam mempertimbangkan proses pemohonan warganegara, aspek yang menjadi panduan kami (KDN) adalah kesemuanya itu mestilah tercatat dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Gesaan saya kepada pegawai-pegawai KDN supaya memberikan tumpuan dan cuba menyelesaikan ia secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas hadir ke Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Iftar KDN Madani di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di sini.

Tambah Saifuddin, pihaknya menyasarkan untuk menyelesaikan sebanyak 10,000 permohonan dalam tahun ini.

(Foto hiasan)

Media Baharu