fb fb fb fb fb

Bot karam: Mayat kanak-kanak lelaki ditemukan

(Foto FB Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia)

SAPULUT, 14 April- Satu lagi mayat mangsa bot karam di Sungai Penawan, Kampung Sin-Singon ditemukan semalam, melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun.

Ia ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada kedudukan kira-kira 15 kilometer (km) dari lokasi bot karam, sekitar pukul 4.30 petang.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi SAR memasuki hari keempat hari ini akan disambung bagi mencari dua lagi mangsa iaitu seorang lelaki berusia 38 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun.

Mangsa lelaki merupakan orang kampung yang turut serta dalam operasi SAR, namun dilapor telah terjatuh ke dalam sungai dan hilang.

Pada Selasa, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu pada pukul 1.14 tengah hari.

Seorang wanita berusia 26 tahun ditemukan lemas, manakala tiga individu lain termasuk dua kanak-kanak dikhuatiri lemas.

(Foto FB Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia)

Media Baharu