fb fb fb fb fb

Program Persijilan Pengurusan Masjid diiktiraf, platform menimba ilmu dan kemahiran

Foto Facebook Universiti Utara Malaysia

SINTOK, 4 Mei- Program Persijilan Kemahiran Malaysia-Bidang Pengurusan Masjid sebagai satu platform untuk menimba ilmu dan kemahiran dalam pengurusan masjid.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan berkata program yang diusahakan oleh Koperasi Anak Kedah Berhad bersama Universiti Sultan Azlan Shah itu diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Beliau turut menyeru semua pegawai dan jawatankuasa masjid yang memenuhi syarat agar mendaftar dan merebut peluang bagi menyertai program berkenaan, sekali gus mengembalikan kegemilangan institusi masjid seperti zaman Rasulullah.

Dr Zulkifli berucap demikian semasa Majlis Peluncuran Program Persijilan Kemahiran Malaysia-Bidang Pengurusan Masjid dan Perasmian Penutup Kursus Imam dan Bilal Profesional di Pusat Konvensyen Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah.

Kursus Imam dan Bilal Profesional Siri 2/2025 mendapat sambutan luar biasa dengan jumlah penyertaan melebihi 150 orang.

Dalam ucapannya, Dr Zulkifli berharap agar pegawai dan jawatankuasa masjid yang telah dilantik dapat melaksanakan amanah dengan sebaiknya dan meningkatkan pengimarahan masjid pada tahap yang lebih holistik dan optimum.

Bagi mencapai hasrat tersebut, semua pihak perlu memainkan peranan dengan bersepadu dan memberikan kerjasama kepada jawatankuasa masjid dalam sudut pengimarahan masjid.

Katanya, imej dan maruah institusi masjid adalah terletak di bahu seluruh umat Islam.

Beliau turut menegaskan bahawa umat Islam perlu sentiasa menjaga dan memuliakan institusi masjid serta mengambil berat terhadap aktiviti dan peranannya dalam masyarakat, tanpa bersikap sambil lewa.

ROSLINA BINTI DIN