fb fb fb fb fb

Presiden Kosovo tamatkan lawatan rasmi ke Malaysia

FOTO BERNAMA

SEPANG, 4 Mei- Presiden Kosovo, Dr. Vjosa Osmani Sadriu, menamatkan lawatan rasmi selama empat hari ke Malaysia pukul 12.10 tengahari dan berlepas ke Brunei dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Beliau disambut Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) dengan kawalan kehormat pelepasan rasmi Dr Vjosa dalam satu majlis di Kompleks Bunga Raya.

Sepanjang lawatan tersebut, Presiden Vjosa mengadakan pertemuan rasmi bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Antara agenda utama adalah perbincangan mengenai perluasan kerjasama dalam bidang pendidikan, perdagangan, pelaburan, dan teknologi maklumat.

Lawatan bersejarah itu turut menyaksikan penganugerahan Order of Independence kepada Datuk Seri Anwar. Anugerah awam tertinggi Kosovo sebagai pengiktirafan diatas sokongan Malaysia yang tidak berbelah bagi untuk kenegaraan Kosovo.

Dalam tempoh lawatan, beliau juga merasmikan Pembukaan kedutaan republik itu secara rasmi di Kuala Lumpur menjadi memperkasa hubungan perdagangan serta pelaburan antara kedua-dua negara.

Lawatan tersebut menandakan komitmen kedua-dua negara untuk memperkukuh hubungan dua hala yang telah terjalin sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE