fb fb fb fb fb

Program pemeriksaan mata percuma Lembah Pantai bakal diperluaskan ke sekolah-sekolah

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil/ FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 14 Januari- Program pemeriksaan mata percuma kepada penduduk Lembah Pantai dipertimbang untuk diperluas ke sekolah-sekolah.

Ketika ini, inisiatif itu membabitkan goongan kurang berkemampuan di kawasan parlimen berkenaan.

Menurut Ahli Parlimennya, Fahmi Fadzil, beberapa sekolah akan dikenal pasti.

"Saya harap kita mungkin bincang untuk beberapa sekolah mungkin boleh buat sesi pemeriksaan mata untuk sekolah-sekolah ini.

"Pada masa yang sama saya akan teruskan pembiayaan bagi golongan B40 terutamanya bagi mendapat perkhidmatan kesihatan mata.

"Mungkin dia perlu lalui pembedahan dan sebagainya. Jadi, kita akan bantu dari segi itu", kata Fahmi yang ditemui selepas merasmikan cawangan terbaru sebuah pusat kesihatan mata di ibu negara.

Dalam pada itu, Fahmi menegaskan nilai kebersamaan perlu diperkukuh dalam kalangan masyarakat bagi memelihara keamanan, keharmonian dan kesejahteraan rakyat.

" Saya rasa bila tiba musim perayaan seperti Tahun Baharu Cina, kita ada satu peluang yang baik untuk megeratkan lagi mengukuhkan silaturahim sesama kita sebagai rakyat Malaysia dan memupuk suasana harmoni walaupun kita mungkin berbeza agama, latar belakang dan sebagainya, tapi tak menghalang kita utntuk mewujudkan hubungan baik dan erat", kata Fahmi.

Beliau turut menyokong usaha pihak korporat dan NGO dalam melaksanakan program seumpama ini bagi membantu komuniti setempat.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD