fb fb fb fb fb

Aminuddin dahului 473 penerima darjah kebesaran

FOTO BERNAMA

SERI MENANTI, 14 Januari - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mendahuli senarai 473 penerima darjah kebesaran, Bintang dan pingat bersempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Al- Marhum Tuanku Munawir yang ke-76. 

Beliau Dianugerahkan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (S.U.N.S) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Manakala Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain merupakan penerima tunggal bagi Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (S.S.N.S) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Dalam pada itu, lima individu menerima Darjah Datuk Paduka Negeri Sembilan (D.P.N.S) yang membawa gelaran Datuk, iaitu  Mufti kerajaan Negeri, Sahibus Samahah Profesor Madya Dr Faudzinaim Badaruddin, Ketua Hakim Syarie, Kamal Bashah Ahmad Tajuddin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dan Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zafir Ibrahim dan Hakim Utama Mahkamah Tinggi Seremban, Datin Rohani Ismai. 

Hari ini merupakan sesi pertama bagi Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan manakala sesi kedua serta ketiga akan berlangsung pada 22 dan 29 Januari depan di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti 

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD