fb fb fb fb fb

Program Moh Sukses SPM bakal diperluas ke daerah lain di Perak

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad

LENGGONG, 13 Januari - Program Moh Sukses Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) cetusan Menteri Besar Perak bakal diperluaskan ke daerah lain di negeri itu.

Ini sekiranya wujud keperluan dan peruntukkan yang munasabah untuk melaksanakan program tersebut.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata ketika ini program itu hanya melibatkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Tampan dan Kenering di daerah Lenggong.

"Saya menggunakan peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Tampan yang diberi itu saya gunakan untuk program-program ini. Jadi kita kaji, tengok jika ada keperluan dan ada peruntukan yang munasabah boleh kita perkembangan, tiada masalah," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Penutup Program 'Moh Sukses SPM 4.0 2023' dan Karnival TVET di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Ahmad, di sini.

Program Moh Sukses SPM dimulakan pada tahun 2020 dengan sasaran utama membantu pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM di daerah itu.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN