
KANGAR, 11 Mac – Sebanyak 59 pek darah berjaya dikumpul sempena Program Mai Derma Darah Khas Ramadan yang berlangsung malam tadi di Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Tuanku Fauziah.
- Inisiatif digerakkan UMNO Bahagian Kangar bersama Puteri UMNO, Persatuan Sukarelawan Kasih Kangar dan Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Tuanku Fauziah.
- Program diadakan selepas berbuka dari pukul 8.30 malam hingga 11.30 malam dan mendapat sambutan baik penderma.
- Tujuan utama menampung stok darah menjelang Aidilfitri; program bulanan diteruskan untuk memupuk kerjasama serta kesedaran masyarakat.
Inisiatif berkenaan digerakkan UMNO Bahagian Kangar dengan kerjasama Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kangar, Persatuan Sukarelawan Kasih Kangar serta Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Tuanku Fauziah.
Menurut Penyelaras Program, Siti Zulaikha Muhamad Zulkefli, pelaksanaan program selepas waktu berbuka puasa iaitu bermula pukul 8.30 malam hingga 11.30 malam mendapat sambutan baik dalam kalangan penderma.
Inisiatif pelaksanaan program bagi menampung stok bekalan darah di Hospital Tuanku Fauziah khususnya menjelang sambutan Aidilfitri minggu depan.
Bagi tempoh Januari hingga Mac ini, sebanyak tiga siri Program Mai Derma Darah telah dilaksanakan dengan jumlah kutipan hampir 160 pek darah berjaya dikumpul.
Peningkatan penyertaan masyarakat dalam pendermaan darah setiap kali program diadakan membantu mengekalkan stok bekalan darah pada paras selamat.
Program kebajikan seperti ini adalah rutin bulanan yang akan diteruskan dari semasa ke semasa sekali gus memupuk kerjasama dan kesedaran masyarakat bagi membantu mereka yang memerlukan ketika kecemasan.