fb fb fb fb fb

Program 'Mai Derma Darah' di Perlis, kumpul 525 pek darah sejak Januari

Foto hiasan

KANGAR, 22 Oktober - Program Mai Derma Darah ''Be A Hero" berjaya mengumpul sebanyak 525 pek darah bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini.

Jumlah berkenaan melebihi sasaran ditetapkan untuk sepanjang tahun 2025 iaitu sebanyak 500 pek darah menerusi pelaksanaan program secara berkala setiap bulan.

Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata, program yang dilaksanakan sejak 2023 lalu merupakan satu tanggungjawab sosial berterusan kepada masyarakat bagi menambah stok bekalan darah di Jabatan Perubatan Transfusi, Hospital Tuanku Fauziah di sini. 

"Setiap bulan program ini dilaksanakan berikutan bekalan darah yang mencukupi diperlukan Hospital Tuanku Fauziah bagi rawatan kecemasan melibatkan pendarahan di luar jangka seperti kes kemalangan, komplikasi semasa bersalin, bayi pramatang, thalasemia, kanser, kegagalan buah pinggang termasuk mereka yang perlu menjalani pembedahan kritikal", katanya dalam kenyataan hari ini.

Sasaran ditetapkan adalah sebanyak 50 pek darah didermakan setiap kali pelaksanaan program dimana ada ketikanya melebihi sasaran khususnya pada hujung minggu atau cuti umum.

"Semoga dengan sumbangan dari penderma darah sedia ada atau penderma baharu dapat membantu menyediakan stok darah yang mencukupi seterusnya dapat menyelamatkan nyawa orang lain", tambahnya.

Bagi menghargai setiap penderma, 50 kupon cabutan bertuah disediakan untuk 50 yang terawal sebagai sokongan kepada setiap penderma darah yang turut serta.

Trainee