fb fb fb fb fb

Program Mahabbah Ramadan NEGERIfm: jalin ukhuwah, santuni masyarakat luar bandar

KUALA PILAH, 22 April- Program Mahabbah Ramadan NEGERIfm menyantuni masyarakat luar bandar dengan pelbagai aktiviti dalam mengimarahkan bulan penuh kerahmatan.

Peluang bersua muka diambil bagi bertemu golongan sasar dengan pengisian pelbagai aktiviti.

Program yang berlangsung di Masjid Dato Undang Haji Mohamed diisi dengan aktiviti rewang memasak juadah berbuka puasa bersama komunti setempat.

Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Sembilan, Kamal Roslim berkata, juadah istimewa, bihun sup utara hasil air tangan juruhebah dan kakitangan NEGERIfm dimasak sebagai hidangan utama.

"Tujuan kami adalah melihat aktiviti – aktiviti kerohanian dan aktiviti sosial yang diadakan di sini setelah dua tahun kita di era pandemik jadi Alhamdulillah pada hari ini kita bersama warga kerja NEGERIfm di ketuai oleh Encik razak kami kita telah memasak bihun sup utara dimana kami gotong royong daripada pagi lagi," katanya.


(Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Sembilan, Kamal Roslim)

Turut berlangsung program khatam Al-Quran, tazkirah dan solat tarawih.

Siri jelajah turut dimeriahkan dengan aktiviti rewang bagi mengembalikan nostalgia muafakat yang sinonim dengan adat perpatih.

Pengerusi Masjid Dato` Undang Haji Mohamed, Ishak Masri berkata dengan peralihan fasa ke endemik Keluarga Malaysia diberi kelonggaran melakukan aktiviti berkumpulan ramai dan pastinya program gotong royong ini menyemarakkan lagi semangat ramadan.

"Jadi kalau faktor usia memang nak gotong- royong tu memang dah banyak juga kuranglah tapi semangat nak bekerjasama dengan liputan terbaik daripada RTM untuk dipersembahka, 'highlight' kepada tempat lain dan kampung lain Alhamdullilah syukurlah inilah kami mampu buiat," katanya.


(Antara pengisian program, aktiviti rewang memasak juadah berbuka puasa bersama komunti setempat)

Juruhebah NEGERIfm, Siti Sarina Mohd Arifin yang turut serta juga menyambut baik program yang dianjurkan.

"Saya rasa ini program cukup menarik kerana dah lama sebenarnya kami tak menyantuni selepas PKP kan Alhamdullilah dan penduduk di sini juga bergotong-royong seawal jam 8 pagi dan kami juga masak menu istimewa untuk penduduk Kg. Kepis," kata Siti Sarina.

Penduduk kampung, Azizah Abdul Hamid, usaha NEGERIfm menjalinkan ukhuwah dengan memilih masjid sebagai lokasi program amat bertepatan.

"Pandangan saya kira baguslah sebab sempena bulan Ramadan kan buat satu aktiviti yang baik di masjid untuk mengimarahkan lagi kan masyarakat di Felda Kepis ini," katanya.

Media Baharu