fb fb fb fb fb

Program Lenten@WaiFM bantu golongan B40 sempena musim Paskah

Program Lenten@WaiFM sasar golongan B40 dengan bantuan berupaya bakul makanan

SIBURAN, 14 Mac- Seksyen Radio WaiFM RTM Kuching mengalu-alukan kerjasama agensi serta badan bukan kerajaan dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membina masyarakat yang prihatin.

Penolong Penerbit Program Lenten@WaiFM Francis Farrell Choo memaklumkan program seumpama itu juga dapat membantu golongan sasar B40 dalam meringankan beban mereka.

"Program CSR ini membantu meringankan beban yang memerlukan dan saya sangat berharap program ini harus diteruskan untul membantu golongan memerlukan,"katanya.

Francis berkata, pihaknya bekerjasama erat dengan ketua-ketua kaum untuk memilih penerima yang terdiri daripada golongan B40 untuk memastikan bantuan sampai kepada golongan sasar.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada 15 penerima daripada tiga kampung iaitu Kampun Sinjok, Kampung Tijirak dan Kampung Siga di Dewan Serbaguna Kampung Sinjok Siburan hari ini.

Sementara itu, Ketua Kaum Kampung Sigak David Rumad menyifatkan sumbangan bakul makanan berupaya membantu penduduk kampung khususnya dalam berdepan dengan kenaikan harga barang.

"Kalau boleh memang kita mahu program ini diteruskan untuk meringankan beban mereka sebab kita tahu sekarang ini harga barang dah naik dan hasil daripada kebun payah untuk dijual,"katanya.

Program Leten@WaiFM yang turut mendapat kerjasama daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu diadakan sempena musim Paskah yang memasuki kali kedua penganjurannya tahun ini.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE