fb fb fb fb fb

Program lahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi diperkasa

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 5 April - Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan menyelaras  program digital dengan kerjasama kementerian dan agensi berkaitan dalam usaha melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam bidang digital.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha@Mohd Yunus Sakmud berkata ini termasuk memperkasa latihan kepada tenaga pengajar dan meningkatkan penyertaan belia dalam bidang berkenaan.

(Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha@Mohd Yunus Sakmud)

"Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran telah membangunkan sebanyak 182 Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) berkaitan bidang digital.

"Sebagai contoh pengaturcaraan dan penyiaran serta aktiviti penerbitan dan telekomunikasi standard pekerjaan yang dibangunkan. Ini boleh menjadi rujukan kepada semua penyedia latihan terutamanya institusi latihan TVET untuk melatih bakat mahir Negara berkaitan bidang digital," katanya.
 
Beliau menjawab pertanyaan Senator Robert Lau Hui Yew di Parlimen.

Media Baharu