fb fb fb fb fb

Laporan akhir nahas Sabah Air didedahkan minggu depan

PUTRAJAYA, 5 April- Laporan akhir nahas Sabah Air yang mengorbankan Ketua Menteri Sabah; Tun Fuad Stephens pada 6 Jun 1976 telah diubah status mengikut Seksyen 2C Akta Rasmi 1972 (Akta 1988).

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, maklumat tersebut akan didedahkan kepada umum melalui kenyataan rasmi kerajaan dan Kementerian Pengangkutan minggu depan.

"Jemaah menteri telah mengambil kira pandangan yang dikemukakan oleh rakyat Sabah selama bertahun-tahun dan juga tuntutan yang dibuat oleh keluarga waris yang menginginkan maklumat terperinci. Ia selaras dengan dasar keterbukaan yang diamalkan oleh Kerajaan Perpaduan."

"Oleh demikian, kita memutuskan bahawa laporan akhir siasatan Pesawat Udara Sabah Air akan diturun taraf," kata Anwar dalam sidang media selepas Mesyuarat Kabinet Kerajaan Perpaduan di Putrajaya.

Nahas berkenaan yang turut dikenali sebagai Tragedi Double Six membabitkan pesawat Nomad 9M-ATZ keluaran Australia yang dikendalikan Sabah Air.

Pesawat itu yang dalam penerbangan dari Labuan terhempas di daerah Sembulan, ketika menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. 

10 lagi individu turut terkorban termasuk empat menteri.

(Laporan akhir nahas Sabah Air didedahkan minggu depan)

Media Baharu