fb fb fb fb fb

Pembayaran STR fasa dua bermula hari ini

(Pelanggan dinasihatkan agar membuat semakan akaun melalui perbankan internet myBSN atau mesin ATM BSN)

KUALA LUMPUR, 5 April- Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa dua dikreditkan ke akaun bank BSN penerima berdaftar secara berperingkat mulai hari ini.

Pelanggan dinasihatkan agar membuat semakan akaun melalui perbankan internet myBSN atau mesin ATM BSN.

Menurut kenyataan kenyataan BSN, pembayaran secara tunai juga bermula hari ini di seluruh bank itu. Pelanggan perlu membawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan.

"Semakan status kelayakan dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran itu boleh dirujuk di portal rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my atau boleh menghubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Hotline STR melalui talian 1800-88-2747, menurut kenyataan itu.


(Pembayaran STR fasa dua bermula hari ini)

Media Baharu