fb fb fb fb fb

60 kawasan pedalaman Sarawak terlibat pelaksanaan PoP - KKD

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 5 April - Sebanyak 60 kawasan pedalaman di Sarawak telah dikenal pasti untuk pelaksanaan hab rangkaian gentian optik baharu (PoP).

Ini bagi memastikan kapasiti perkhidmatan jalur lebar di sesuatu lokasi mencukupi.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Teo Nie Ching optimis liputan jalur lebar di negeri itu akan mencapai 90 peratus dengan terlaksananya projek berkenaan.

(Timbalan Menteri KKD, Teo Nie Ching)

"Sampai suku keempat memang liputan 4G untuk kawasan di Sarawak adalah 87.12 %. Oleh sebab itu masih ada 684 menara yang sedang dilaksana dan kita percaya apabila kesemua sudah siap boleh mencapai 90 % liputan untuk Sarawak.

"Selain daripada itu di bawah Jendela, pelaksanaan PoP...kami telah kenal pasti 60 kawasan pendalaman untuk pelaksanaan PoP ini dengan peruntukan RM80 juta," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Bobbey Suan di Parlimen.

Media Baharu