fb fb fb fb fb

Program Jualan Terus Dari Ladang dan MyRakyat dapat sambutan hangat rakyat Perlis

KANGAR, 24 Jun-Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis bakal menganjurkan program Jualan Terus Dari Ladang dan MyRakyat melibatkan ketiga-tiga kawasan parlimen di Perlis.

Program akan diadakan dua kali bagi setiap parlimen dengan setiap kali penganjurannya nilai jualan disasarkan mencecah antara RM35,000 hingga RM40,000.

Menurut Exco Negeri, Nurulhisham Yaakob, program Jualan Terus Dari Ladang dan MyRakyat ini membolehkan pengguna mendapatkan barangan keperluan pada harga berpatutan selain segar dan berkualiti.

Ia berikutan pengguna kini terbeban dengan kenaikan harga barangan dan langkah dilaksanakan FAMA ini mampu membantu pengguna mengurangkan perbelanjaan bagi mendapatkan barangan keperluan.

"Kita sudah buat enam kali jualan di Perlis Jualan MyRakyat. Sambutan saya tengok sangat-sangat menggalakkan. Cadangan kita buat jualan ni dari pagi sehingga petang. Tapi setakat pagi ini saja dah hampir habis bahan-bahan bekalan jualan. Mungkin jualan-jualan tempat lain kita akan tambah lagi jumlah peniaga yang akan kita bawa,"kata Nurulhisyam.

Beliau berkata demikian ketika meninjau Program Khas Jualan Terus Dari Ladang dan MyRakyat anjuran FAMA di Perkarangan Pejabat FAMA Negeri Perlis.

Program yang berlangsung sejak 10.00 pagi hingga 6.00 petang itu melibatkan 35 usahawan yang memasarkan produk barangan kawalan, produk segar, buah-buahan tempatan serta produk Industri Asas Tani serta Industri Kecil dan Sederhana.


(Exco Negeri, Nurulhisham Yaakob)

Media Baharu