KUALA LUMPUR, 2 Oktober- Program Jualan Murah Keluarga Malaysia terus mendapat sambutan menggalakkan sejak mula dilaksana Ogos lalu.
Menerusi inisiatif tersebut, orang ramai dapat menikmati harga barangan keperluan harian sehingga 20% lebih murah daripada harga pasaran biasa.
Bagi warga kota, inisiatif tersebut diharap dapat diteruskan dalam meringankan beban kos sara hidup masyarakat.
(Presiden Persatuan Komuniti Prihatin Setiawangsa (MySetiawangsa), Datuk Mohd Irwan Rizal Mohd Ali Napiah)
"Bagus dan patut diteruskan dengan keadaan sekarang pun mahal jadi kalau program diteruskan barang pun murah baguslah untuk kurang berkemampuan untuk beli dan perlu diteruksan dari semasa ke semasa," kata penduduk Setiawangsa, Intan Safina Jaafar
"Bagi saya Program Keluarga Malaysia ini baguslah untuk rakyat dengan jualan murah macam ini murah dari harga pasaran bagus untuk bantu rakyat terutama sekarang ini zaman ekonomi sekarang ini...harga murah dari luar," kata penduduk Setiawangsa, Muhamad Hanafi Zainal di sini.
"Pada pandangan akak bagus, sebab dapat beli dengan harga murah, dan ia sangat jarang dapat harga murah dengan keadaan sekarang , kebanyakkan harga semua naik. Jadi program seperti ini perlu diteruskan lagi," kata penduduk Setiawangsa, Maizol Nordin.
Perasmian Karnival Jualan Murah Komuniti Keluarga Malaysia peringkat parlimen Setiawangsa disempurnakan Presiden Persatuan Komuniti Prihatin Setiawangsa (MySetiawangsa), Datuk Mohd Irwan Rizal Mohd Ali Napiah.
"Kita nampak maklum balas agak baik dan kita hendak kembangkan lagi komuniti-komuniti di seluruh Parlimen Setiawangsa agar mereka juga dapat kecapi penjimatan kos sara hidup. Mudah sahaja bagi kita kalau kita tidak dapat hendak tambah pendapat kita ia akan ambil masa, tapi kalau kita dapat, ia dapat menjimatkan perbelanjaan kos sara hidup kita," katanya di sini.
Pihaknya bercadang untuk menjadikan program tersebut sebagai acara mingguan dalam usaha meringankan beban kos sara hidup rakyat.