(Datuk Seri Salahuddin di majlis Pelancaran Jualan Mega Ehsan Rahmah di Dewan Serbaguna
MPAJ AU2, Taman Keramat)
AMPANG, 31 Mei- Program Jualan Mega Ehsan Rahmah (JER) diadakan hari ini, menawarkan penjualan tujuh barang keperluan asas utama pada harga runcit serendah 30% berbanding harga pasaran.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata program itu merupakan yang pertama diadakan melibatkan 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
"Jualan Ehsan Rahmah ini adalah sinergi dua program di peringkat KDPN dan juga jualan ehsan kerajaan negeri Selangor. Sudah pasti rakyat yang mendapat keuntungan dan rata-rata kita boleh memberikan sesuatu berita baik kepada rakyat," kata Salahuddin di majlis Pelancaran Jualan Mega Ehsan Rahmah di Dewan Serbaguna MPAJ AU2, Taman Keramat di sini.
Antara barangan yang ditawarkan ialah ayam segar, beras, telur ayam, minyak masak, ikan, gula pasir dan daging sejuk beku.
Salahuddin juga memaklumkan, pakej Rahmah dikembangkan lagi merangkumi barangan elektrik.
"Rakyat akan dapat membeli barangan elektrik Rahmah. Ada syarikat yang menghubungi kami dan libat urus akan dilakukan dengan segera. Insya-Allah dalam beberapa tempoh saya akan umumkan," katanya lagi.
Insurans Rahmah yang akan dilancarkan minggu depan.
(Datuk Seri Salahuddin berkata Program Jualan Mega Ehsan Rahmah, harga serendah 30%)