fb fb fb fb fb

Petronas, MFF bangunkan projek penyelesaian berasaskan alam semula jadi

KUALA LUMPUR, 31 Mei- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Malaysia Forest Fund (MFF) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi meninjau serta membangunkan projek penyelesaian berasaskan alam semula jadi yang berkualiti tinggi di Malaysia.

Dalam kenyataan hari ini, Petronas berkata penyelesaian terbabit termasuk semua aktiviti berkaitan pemulihan dan pemuliharaan ekosistem semula jadi bagi mengurangkan penumpuan gas rumah hijau dalam atmosfera.

Penyelesaian terbabit menawarkan laluan segera, berskala dan kos efektif bagi mengurangkan pelepasan bersih dan menyumbang kepada pengurangan iklim serta memberi manfaat bersama, kata kenyataan itu.

Naib Presiden dan Ketua Pegawai Kemampanan Petronas Charlotte Wolff-Bye berkata kumpulan tersebut berhasrat membantu dari segi membuka peluang dalam pasaran penyelesaian berasaskan alam semula jadi Malaysia dalam menyampaikan nilai perniagaan mampan serta membantu melindungi, memulihara dan pemulihan persekitaran semula jadi.

"Petronas mahu membantu membuka peluang dalam pasaran penyelesaian berasaskan alam semula jadi di Malaysia bagi menyampaikan nilai perniagaan mampan serta dapat membantu melindungi, memulihara dan memulihkan alam semula jadi," katanya.- BERNAMA

(Foto hiasan)

Media Baharu