fb fb fb fb fb

Polis Kedah sedia hadapi PRN

ALOR SETAR, 31 Mei- Polis Kedah bersedia bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) sekiranya Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.
 
Ketua Polis Kedah Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, lebih 3,000 pegawai dan anggotanya akan bertugas untuk memastikan penamaan calon dan pilihan raya berjalan dengan lancar.

Beliau juga akan menambah kekuatan hampir 20% anggota polis di negeri-negeri berdekatan yang tidak terlibat dalam pilihan raya untuk membantu menjaga keselamatan.
 
Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) juga terlibat untuk membantu bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar terutama di beberapa kawasan tumpuan yang dikenal pasti berisiko berlakunya kekacauan.

"Bantuan dari Bukit Aman juga diperlukan, ada teknikal unit bom, contohnya Pasukan Cantas Khas dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman yang khusus dalam bidang lain dan sebagainya.

"Kita kena ambil kira semua keadaan supaya proses demokrasi ini dilaksanakan dalam keadaan terkawal, lancar dan tidak menganggu gugat proses pengundian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wirawati PDRM Kontinjen Kedah di Alor Setar.

Kempen tersebut bertujuan memberi kesedaran dan dapat dicegah sekiranya membuat pengesanan diperingkat awal .
 
Hadir sama, Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Abd Shukur Abdullah.

(Foto hiasan)

Media Baharu