fb fb fb fb fb

KKD diminta pantau hantaran pemimpin politik berkaitan kaum, agama

(Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kanan) bercakap semasa sesi libat urus Program Tabika Pra Tahfiz KEMAS Bersama Masyarakat 2023 di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah/BERNAMA)

PUTRAJAYA, 31 Mei- Kementerian komunikasi dan Multimedia (KKD) melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diminta memantau sebarang hantaran bernaratifkan kaum dan agama yang dicetuskan ahli politik.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pendedahan kajian yang dilaksanakan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) berkenaan orang politik menggunakan isu agama dan perkauman sempit, harus diselesaikan.

Beliau berkata dapatan kajian itu memperlihatkan bahawa isu-isu sebegitu sengaja dibangkitkan untuk kepentingan politik.


(Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi)

"Malah fatwa yang pernah dikeluarkan oleh seorang pemimpin parti politik yang untuk mengkafirkan parti politik yang lain atau yang mengharamkan apa yang dilakukan oleh ahli-ahli politik sebuah parti masih tidak ditarik balik.

"Saya harap KKD melalui SKMM harus memantau hantaran dan juga tulisan-tulisan yang menjurus ke arah itu. Kita harus bersama-bersama biar pun kita berbeza parti politik dalam soal pembangunan sebuah negara bangsa dan menghormati agama-agama lain dan bangsa yang lain kita mesti bersama", katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas menyempurnakan sesi libat urus Program TABIKA Pra Tahfiz KEMAS di Putrajaya.

Media Baharu