fb fb fb fb fb

KKD diharap terus jaga kebajikan penggiat seni

(Foto fail)

KUALA LUMPUR, 31 Mei- Penggiat seni dan industri kreatif menyambut baik langkah dan keprihatinan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) membantu golongan tersebut menangani pelbagai isu.

Penerbit, pengarah dan penulis skrip, Shahrul Ezad Mohameddin berharap kerajaan melalui kementerian berkenaan akan terus proaktif dalam menjaga kebajikan dan membantu penggiat seni tanah air.

"Memang kami alu-alukan pandangan, bantuan kerajaan dalam menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan industri ini.

"Saya suka kalau kerajaan kita begitu ambil berat dan selesaikan apa masalah sebenarnya, apa puncanya. Kalau boleh kerajaan ambil berat lagi masuk campur pasal harga pembelian atau isu-isu harta intelek penerbit yang kena tanggung. Semua ni saya rasa itu pun patut diberi perhatian oleh kerajaan," kata Shahrul Ezad selepas menjadi tetamu rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.

Sementara itu, penyanyi dan penulis lirik, Amylea Azizan yang telah berkecimpung dalam industri selama 18 tahun berkongsi pengalaman penggiat seni menerima bayaran lewat.

"Walaupun sekarang mereka dipandang remeh. Hal-hal pembayaran dan sebagainya. Masih lagi berkecimpung dan mereka bukan menggunakan ini sebagai hobi tetapi ini satu pekerjaan dan sumber pencarian rezeki. Untuk keluarga mereka, anak-anak dan sebagainya. Itu seharusnya difahami," kata Amylea

Shahrul Ezad dan Amylea mengulas isu pembayaran tertunggak melibatkan stesen TV tempatan.

(Shahrul Ezad berkata KKD diharap terus jaga kebajikan penggiat seni)

Media Baharu