fb fb fb fb fb

Program Ibadah Korban Perdana terima sambutan menggalakkan

Foto RTM

TAIPING, 7 Jun - Program Ibadah Korban Perdana anjuran Surau Nurul Hidayah, Kampung Bukit Jana, Kamunting, Taiping, mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat.

Sebanyak 21 ekor lembu dan dua ekor kambing dikorbankan dalam program tradisi yang berlangsung setiap tahun itu.

Menurut Pengarah program Azman Ibrahim Lester, ia melibatkan penyertaan seramai 149 orang peserta selain kehadiran kira-kira 500 penduduk setempat.

"Sejarah program ini dahulu bermula secara kecil-kecilan sahaja. Sejak tahun 2018 penyertaan semakin meningkat sehingga sekarang dan terus meningkat. Kami harap ia terus kekal dan berpanjangan," ujarnya.

Sementara itu, bagi Setiausaha Surau Nurul Hidayah, Mhd Azhar Ismail, acara tahunan ini berjaya mencapai objektif yang diinginkan.

"Selain meningkatkan syiar Islam, program berjaya mencapai objektif mengeratkan lagi silaturrahim dalam kalangan ahli kariah," jelasnya.

Dalam pada kemeriahan sambutan, golongan asnaf serta individu yang memerlukan tidak pernah diabai.

Kesemua daging korban diagihkan kepada peserta serta penduduk sekitar kawasan tersebut.

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN