fb fb fb fb fb

Bot karam: Usaha pencarian diteruskan di tiga lokasi utama

Usaha mencari mangsa bot karam di Pelabuhan Klang, diteruskan melibatkan tiga lokasi utama

PELABUHAN KLANG, 7 Jun- Operasi mencari dan menyelamat bot karam di Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang diteruskan sehingga pukul 7.00 malam.

Pegawai Operasi Maritim Selangor, Leftenan Maritim Mohd Syafiq Sazali berkata usaha pencarian masih berlangsung di tiga lokasi utama, selain melakukan pemeriksaan terperinci ke atas bot yang terlibat.

"Selepas kita berjaya mengapungkan bot ini, kita mengepam air keluar dan seterusnya melaksanakan pemeriksaan ke atas bot, bahagian dalam untuk memastikan sama ada mangsa masih berada dalam bot atau tidak. Pada masa sama tugas-tugas melaksanakan pencarian di permukaan air masih dijalankan",katanya.

Beliau ditemui pada sidang media Operasi Carilamat bot karam di Ibu pejabat Maritim Malaysia Selangor di Pelabuhan Klang.

Menurutnya, operasi yang berlangsung sejak pukul 7.00 pagi tadi, belum menemui sebarang petunjuk keberadaan dua lagi mangsa tragedi tersebut.

Dalam kejadian petang semalam, tiga penumpang terkorban, manakala seorang lagi ditemui selamat selepas bot yang dinaiki dipercayai hilang kawalan dan karam.

Usaha bagi mengesan dua lagi mangsa, pasangan suami isteri Gan Hon Tat dan isteri Careen Man sedang giat dijalankan.

ROSLINA BINTI DIN