fb fb fb fb fb

Program BCRC, UMMC kumpul dana bantu pesakit kanser golongan B40

KUALA LUMPUR, 3 Oktober- Pencegahan awal kanser payudara mampu mengurangkan risiko, sekali gus mempercepatkan pemulihan penyakit.

Timbalan Pengarah Klinikal (Perubatan) Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr. Mohammad Salleh Yahya berkata disebabkan kos rawatan yang tinggi, golongan terjejas kemungkinan tidak dapat menerima rawatan penyakit kanser yang sesuai.

Justeru bersempena 'Pink October 2022', program Breast Cancer Resource Centre of University Malaya Medical Centre (BCRC, UMMC) diadakan bagi mengumpul dana perubatan, khusus kepada pesakit kanser golongan B40.

Ia juga bertujuan meningkatkan kesedaran pencegahan awal kanser payudara.

"Kita juga menggalakkan staf kita pakai baju warna pink sepanjang bulan Oktober untuk kita memperingati, meningkatkan kesedaran.

"Apa yang kita mampu buat, kalau kita tak berjaya memberi sumber kewangan, tenaga...paling tidak kita boleh memakai pakaian warna pink bagi menimbulkan kesedaran," katanya.

(Dr. Mohammad Salleh Yahya)

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Kempen 'Pink October 2022' dan 'MH-BIFROST RUN 2022', di sini hari ini.

Media Baharu