fb fb fb fb fb

Kawasan Batu Granit Porfiritik masih ditutup

Foto Arkib Bernama

PERAK, 3 Oktober- Kawasan batu granit Porfiritik di Gunung Bujang Melaka, Kampar masih belum dibuka kepada umum, tidak seperti yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata terdapat maklumat tular bahawa kawasan itu telah dibuka kepada umum serta dikenakan bayaran untuk masuk ke kawasan terbabit.

 
(Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi)

"Kami tidak ada hak untuk memaksa pemilik tersebut untuk membuka kepada orang ramai. sekarang ni ada kes menyatakan ianya viral dibuka masuk lima ringgit semua tu ini tidak betul kerana pemilik masih lagi belum bersedia dan laluan masuk adalah tidak sesuai untuk digunakan oleh pihak public kerana ianya melalui kawasan larangan lembaga air Perak," katanya kepada media pada Program Pelancaran Perak Box Office di sini.

Menurutnya segala kemudahan yang terdapat di kawasan itu hanya untuk kegunaan persendirian dan pemilik bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang perkara tidak diingini kerana lokasi batu granit itu berada di atas tanah persendirian.

Media Baharu