fb fb fb fb fb

Bas dari Hatyai terbabas masuk parit

KEDAH, 3 Oktober- Keseronokan 29 penumpang bercuti ke Hatyai Thailand bertukar tragedi apabila bas persiaran yang dinaiki terbabas di bahu jalan dan memasuki parit di Kilometer 60 Arah Selatan Lebuhraya Utara Selatan.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Bomba Zamani Ismail berkata kesemua mangsa dan pemandu bas dari Kampar Perak selamat.


(Bas persiaran terbabas / Foto Ihsan Bomba)

Katanya menerusi satu kenyataan, 11 mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk menerima rawatan manakala 18 lagi penumpang di bawa ke kawasan rehat dan rawat Gurun untuk dihantar pulang.

JBPM menerima panggilan kemalangan pada pukul 3.15 petang dan mengerakkan pasukan diketuai oleh Komander Operasi Penolong Bomba Kanan Satu Jasbir Singh Tara Singh.

Terlibat dalam operasi terbabit anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar, Jalan Raja dan Pendang .

Sejurus tiba bomba membuat size-up di lokasi kejadian dan seterusnya memberikan rawatan awal dan mengawal keadaan di lokasi kejadian.

Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 4.59 petang tadi.

Media Baharu