fb fb fb fb fb

640,000 pekerja asing dalam proses dibawa masuk

KUALA LUMPUR, 3 Oktober- Seramai dua juta pekerja asing akan berada di negara ini untuk bekerja di pelbagai sektor.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, jumlah itu lebih tinggi berbanding 1.8 juta pekerja asing yang berada dalam negara sebelum pandemik COVID-19 melanda.


(Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan)

Selain itu, pihak industri juga perlu menyatakan dengan jelas kekangan yang mereka hadapi dalam mendapatkan dan membawa masuk pekerja.

Setakat ini seramai 640,000 pekerja asing sedang dalam proses dibawa masuk secara berfasa.

M. Saravanan menyatakan perkara itu selepas mengadakan pertemuan bersama persatuan-persatuan berkaitan industri pembinaan.

"Setakat ini dari segi Kementerian Sumber Manusia kita hampir sudah selesai. Dari segi kelulusan kontraktor dan sebagainya. Kini bergantung kepada kementerian-kementerian lain. 640,000 pekerja asing sedang dalam proses mengadakan proses kesihatan di negara sumber. Maksudnya kita sudah ambil hampir 2 juta. Tidak pernah kita ada lebih daripada 1.8 juta. Atas permintaan pihak industri kita dah sampai hampir 2 juta," katanya selepas sesi perjumpaan berkenaan di Wisma HRD Corporation, Damansara, Kuala Lumpur hari ini.

Justeru, Kerajaan tidak dapat membantu sekiranya pihak berkaitan gagal mengemukakan masalahnya secara terperinci, katanya.

Pada masa sama, beliau menegaskan bahawa langkah untuk mengelak lambakan pekerja asing di negara terus diberi tumpuan.

Di samping itu, Datuk Seri M. Saravanan berkata, masalah yang diungkitkan dalam sesi pertemuan termasuk kelewatan proses kelulusan visa, akan dibawa kepada kementerian berkaitan untuk mendapatkan bantuan selanjutnya.

Media Baharu