fb fb fb fb fb

PRN: Kekal patuhi etika media sosial - Fahmi

KUALA LUMPUR, 29 Jun- Keghairahan berkempen menjelang pilihan raya di enam buah negeri, bukan alasan untuk mengendahkan ketertiban dalam membuat hantaran di media sosial.

Jelas Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, sebarang hantaran di platform berkenaan yang mengancam keharmonian negara tidak terlepas untuk dikenakan tindakan undang-undang.

"Sekiranya kita membuat hantaran yang melanggar undang-undang, pihak berkuasa akan meneliti seterusnya boleh mengambil tindakan. Kita pun sedia maklum, lima negeri sudah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Jadi, bila sudah mula bubar itu, kita ada semangat yang memuncak untuk langkah seterusnya namun kita perlu beringat dan ikut ketertiban bagi mengelak daripada menyinggung perasaan pengguna-pengguna media sosial lain," kata Fahmi kepada pemberita dalam Majlis Ibadah Korban di Masjid Muhammadi Angkasapuri, pagi tadi.

Tambahnya, etika penggunaan media sosial wajar dipatuhi tanpa mengira waktu sekali gus dapat memupuk semangat perpaduan meski hanya menggunakan platform dalam talian.


(Menteri KKD, Fahmi Fadzil menyantuni petugas RTM melapah daging korban, pagi tadi/FB Menteri)

Media Baharu