fb fb fb fb fb

PRK tidak perlu diadakan, tiga ADUN sertai PDP bukan lompat parti

Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar

KUCHING, 14 April- Tiada pilihanraya kecil akan diadakan susulan penyertaan tiga ahli Dewan Undangan Negeri Parti Sarawak Bersatu, PSB ke parti Demokratik progresif, PDP.

Speaker Dewan Undangan Negeri, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar berkata ini kerana ia tidak melibatkan lompat parti dan parti asal mereka telah dibubarkan serta merta.

"Tidak perlu melalui pilihan raya mereka tidak melompat daripada mana-mana parti, parti mereka dibubarkan,"katanya.

Beliau ditemui media selepas majlis ramah tamah DUN Sarawa.

Tambah Tan Sri Mohamad Asfia, susulan penyertaan tiga bekas Adun PSB itu ke Gabungan Parti Sarawak, beliau telah diminta untuk menukar kerusi mereka dalam DUN ke dalam blok kerajaan.

Bagaimanapun beliau belum membuat seberang ketetapan daripada permintaan yang dikemukakan Presiden PDP, Datuk Sri Tiong King Sing.

Beliau sebelum itu menerima kunjungan Hari Raya daripada Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Sementara itu, bekas Presiden Parti Sarawak Bersatu, PSB Datuk Seri Wong Soon Koh, yang ditemui media memaklumkan penyertaannya dalam GPS tidak bersyarat.

Malah beliau sendiri tidak mengharapkan sebarang jawatan dalam kabinet.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE