fb fb fb fb fb

Prinsip masyarakat Madani, dihidupkan menerusi karya, laporan media yang adil, berfakta

KUALA LUMPUR, 3 Mei- Menghidupkan masyarakat Madani menerusi media adil dan berfakta.

Komitmen itu sekali lagi diulangi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kenyataan menerusi Twitter itu dibuat oleh Perdana Menteri pada Hari Kebebasan Media Sedunia yang disambut hari ini.

Perdana Menteri berharap media akan terus berkarya dan menjunjung prinsip-prinsip demokrasi.

Pada hantaran sama, beliau berkongsi Laporan Pencapaian Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media 2023 yang dikeluarkan Reporters Without Borders (RSF).

Malaysia meningkat 40 anak tangga untuk berada di kedudukan 73 dengan 62.83 mata, berbanding kedudukan 113 dengan 51.55 mata tahun sebelumnya.

Dalam kalangan negara ASEAN, Malaysia berada di kedudukan tertinggi diikuti Thailand di kedudukan 106 dan Indonesia 108.

Indeks Kebebasan Media 2023 RSF menilai tahap kebebasan pengamal media di 180 negara dan wilayah seluruh dunia.


(Kenyataan menerusi Twitter itu dibuat oleh Perdana Menteri pada Hari Kebebasan Media Sedunia
yang disambut hari ini)

Media Baharu