fb fb fb fb fb

Prestasi ringgit dipengaruhi ketidakpastian geopolitik dunia

Ketua Pegawai Eksekutif Center for Market Education (CME), Carmelo Ferlito

KUALA LUMPUR, 25 Februari- Ketidakpastian geopolitik dunia memberi impak kepada prestasi ringgit, ketika ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Center for Market Education (CME), Carmelo Ferlito berpandangan, ini berikutan pelabur memilih dolar Amerika Syarikat dan dolar Singapura sebagai pelaburan selamat apabila berhadapan situasi berkenaan.

Justeru, tindakan mereka menjadikan dolar sebagai asas ekonomi global mengukuhkan kedudukan mata wang kedua-dua negara itu.

Selain itu, kadar faedah Amerika Syarikat dan Singapura yang tinggi berbanding Malaysia juga memberi kesan kepada ringgit.

Hakikatnya, inflasi memberi tekanan kepada Amerika Syarikat dan Singapura yang menyebabkan bank pusat kedua-dua negara meningkatkan kadar faedah untuk jangka masa panjang. Inflasi tinggi dilihat kerana kuasa fiskal yang agresif,"katanya.

Dalam pada itu, pertumbuhan perlahan ekonomi China turut memberi kesan kerana negara tanah besar itu adalah rakan dagang penting kepada Malaysia.

Carmelo Ferlito optimis komitmen Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi mesra perniagaan akan memberi perubahan positif kepada ekonomi negara.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE