fb fb fb fb fb

Premis PJMKM dikawasan kepadatan penduduk perlu ditambah

SUNGAI PETANI, 28 Ogos- Jumlah premis perniagaan yang terlibat dengan Program Jualan Murah Keluarga Malaysia, PJMKM terutama di kawasan-kawasan yang mempunyai jumlah penduduk yang ramai perlu ditambah.

Ia bagi memastikan lebih ramai rakyat khususnya golongan yang kurang berkemampuan membeli barangan keperluan asas terpilih pada harga yang lebih rendah berbanding harga pasaran.

Penaung Persatuan Kebajikan Peserta Pasar Tani Daerah Kuala Muda, Dato’ Shahanim Mohd Yusof berkata, ketika ini setiap kawasan Dewan Undangan Negeri, DUN di Kedah mempunyai sekurang-kurangnya hanya satu premis perniagaan PJMKM dan ia tidak mencukupi.


(Penaung Persatuan Kebajikan Peserta Pasar Tani Daerah Kuala Muda, Dato’ Shahanim Mohd Yusof)

"Saya memang nak bercadang tambah lagi sebab Kuala Muda contohnya penduduk dekat 600,000 dah sekarang, dalam daerah Kuala Muda ada dua parlimen, Merbok dan Sungai Petani dan kalau boleh kita nak ada dua ataupun tiga lagi sebab benda ini nak bantu rakyat dan saya tahu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri dia memang menggalakkan dan kerajaan mengeluarkan subsidi yang banyak, saya tak ingat berapa puluh juta. Kita beli, lebihan itu kerajaan yang bayar, kerajaan yang tanggung, kerajaan yang bayar subsidi itu," katanya selepas menghadiri Program Jualan Merdeka sempena sambutan Hari Kebangsaan ke 65 di Pasar Tani di sini.

Pada masa sama, beliau berkata, selain kedai PJMKM, orang ramai juga boleh mendapatkan bekalan barangan keperluan harian pada harga yang lebih rendah di pasar-pasar tani Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, FAMA di negeri itu.

Katanya, kebanyakan barangan keperluan harian yang dijual di pasar tani tersebut dijual sendiri oleh pembekal terus kepada pelanggan.

Dalam pada itu, beliau berkata Pasar Tani Sungai Petani yang menempatkan kira-kira 76 orang usahawan perlu dinaiktaraf bagi memberi keselesaan kepada peniaga dan orang ramai.

Media Baharu