fb fb fb fb fb

Agong, permaisuri zahir takziah kepada keluarga Tengku Datuk Seri Muhamad Mazlan

KUALA LUMPUR, 28 Ogos- Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Tengku Datuk Seri Muhamad Mazlan Tengku Putera Zainal Abidin, sepupu kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah kembali ke Rahmatullah hari ini.


(Foto Facebook Istana Negara)

Menerusi perkongsian di Facebook Istana Negara, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menzahirkan ucapan takziah. 

“Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini,” menurut catatannya dalam Facebook itu.

Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.










 

Media Baharu