fb fb fb fb fb

PPS SK Sungai Machang dibuka, susulan banjir kilat

Penduduk terjejas banjir berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Machang

NILAI, 24 Disember- Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Machang, Lenggeng susulan banjir kilat yang berlaku pada pukul 1.30 pagi tadi.

Menurut Angkatan Pertahanan Awam (APM)dalam satu kenyataan memaklumkan, "seramai 55 mangsa daripada 12 buah keluarga yang terdiri daripada 27 kanak-kanak dan 28 dewasa iaitu dari Kampung Chelogeh, Kampung Batu 18 dan Kampung Sungai Jai telah ditempatkan di PPS berkenaan.

"Sejumlah 14 keanggotaan dikerahkan iaitu terdiri daripada enam anggota dan seorang pegawai APM, dua anggota Polis, empat anggota Jabatan Kebajikan Masyarakat dan seorang MPKK," kata kenyataan itu.

Menurut APM, trend air banjir di Sungai Lenggeng semakin menurun dan telah kembali normal.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng Datuk Mohd Asna Amin turut memberi sumbangan kepada penduduk terjejas banjir.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI