fb fb fb fb fb

PPS Sekolah Chong Cheng di Tanjung Dawai ditutup

Foto fail/APM

TANJUNG DAWAI, 25 Oktober -Pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan(Cina) Chong Cheng, di sini ditutup sepenuhnya kira-kira pukul 3.00 petang tadi, selepas keadaan banjir di kawasan berkenaan kembali pulih.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) daerah Kuala Muda, Amirul Asyraf Mohamed Maydin dalam kenyataan berkata, semua penduduk yang terjejas telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing setelah paras air surut dan tiada lagi tanda amaran air pasang besar.

"Bagaimanapun penduduk dinasihatkan agar kembali berpindah ke PPS sekiranya terdapat air pasang besar dan hujan lebat berterusan yang mengakibatkan banjir dikawasan mereka," katanya menerusi kenyataan itu.

TETITIA YUSOFF