fb fb fb fb fb

Polis tahan remaja 14 tahun kerana buang bayi

Foto Fail

KUCHING, 30 November- Polis menahan seorang remaja perempuan berumur 14 tahun kerana telah membuang bayi perempuannya, pagi semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah, remaja berkenaan telah ditahan di sebuah rumah dekat kawasan Samariang, Kuching sekitar pukul 8.00 malam tadi.

"Penduduk di kawasan perumahan tersebut telah menemukan bayi yang baharu dilahirkan itu.

"Remaja terbabit berdepan hukuman penjara maksimum tujuh tahun.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan, iaitu mendedahkan atau membuang kanak-kanak yang berumur bawah 12 tahun," kata Ahsmon menerusi kenyataan.

Tambah Ahsmon, bayi itu dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk mendapatkan rawatan dan disahkan sihat.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM