fb fb fb fb fb

Polis tahan penjawat awam dalang sindiket dadah

JOHOR, 20 Disember- Polis Johor menahan seorang penjawat awam disyaki terlibat menjadi dalang sindiket membekalkan dadah dalam penjara sejak dua bulan lalu.

Kegiatan terbongkar selepas pihaknya menemui sembilan biji balutan mampat berisi dadah disembunyikan di seluar dalam seorang Orang Kena Tuduh (OKT), 10.30 pagi Khamis lalu, semasa pemeriksaan dibuat terhadap OKT reman penjara koreksional Ulu Choh, Johor Bahru.

 
(Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat)

Susulan penemuan itu, lima ahli sindiket, dua lelaki dan tiga wanita berumur 23 hingga 37 tahun ditahan dalam lima serbuan di sekitar Johor Bahru.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, OKT dipercayai menelan sejumlah dadah ke dalam badannya selepas selesai perbicaraan di Kompleks Mahkamah Johor Bahru sebelum dibawa masuk ke dalam penjara untuk diedarkan.

"Pembedahan telah dijalankan oleh pihak hospital ke atas perut OKT telah berjaya mengeluarkan sebanyak enam biji balutan dadah mampat dalam bentuk barrel. Walaupun nilai dadah itu adalah rendah tapi ini sindiket ini telah membekalkan dadah dalam penjara kita dapati perkara ini adalahamat serius yang perlu diambil tindakan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di Johor Bahru.

Rampasan dadah, 44.74 gram ganja bernilai RM2, 237 dan 28.84 gram syabu bernilai RM2,884 serta wang tunai sebanyak RM3,800.

Kes disiasat mengikut seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Media Baharu