fb fb fb fb fb

Polis tahan lelaki jual mercun tanpa lesen

Foto RTM

MERSING, 17 Februari- Seorang lelaki tempatan diberkas selepas menjual mercun tanpa lesen dalam serbuan di bandar Mersing, pukul 9 malam tadi (Jumaat).

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, tangkapan dibuat susulan maklumat awam.

Katanya, suspek berusia 42 tahun, itu menjual pelbagai jenis mercun menerusi media sosial sempena Tahun Baharu Cina.

Menurut Abdul Razak, suspek baru sahaja menjalankan aktiviti penjualan berkenaan kira-kira dua bulan yang lalu.

Tambahnya, pihak polis turut merampas mercun yang disimpan dalam sebuah premis milik lelaki berkenaan dan nilai rampasan dianggarkan kira-kira RM3,640.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD