fb fb fb fb fb

Polis siasat video tular sekumpulan lelaki gaduh di Taman Matahari Height

(Tangkap layar video kejadian gaduh di Seremban/FB Polis Diraja Malaysia
( Royal Malaysia Police )

SEREMBAN, 11 Oktober- Polis sedang menyiasat satu video tular di media sosial yang memaparkan pergaduhan sekumpulan lelaki di hadapan sebuah kedai di Taman Matahari Height, Senawang, di sini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner, Arifai Tarawe berkata, kejadian dipercayai berlaku pada Ahad lalu, kira-kira pukul 2.30 pagi.

"Pada 8 Oktober lalu, pukul 9.30 malam, pihaknya terkesan satu video berdurasi 13 saat yang dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter @Nanmanjoi8715," katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun, sehingga kini, tiada mana-mana pihak tampil membuat laporan polis.

Sehubungan itu, sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat atau melihat kejadian tersebut boleh menghubungi Ketua Balai Polis Senawang, Inspektor Mohd Darul Azwam Md Desa di talian 06-679 2222 atau 013-511 2168 bagi membantu siasatan.

Kes berkenaan disiasat dibawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

(PDRM)

Media Baharu