fb fb fb fb fb

Polis Perak kutip RM1.8 juta saman ketika tawaran diskaun

IPOH, 4 April- Kutipan saman lebih RM1.8 juta diperoleh Polis Perak sepanjang pembukaan kaunter diskaun saman trafik sempena Sambutan Hari Polis ke-216.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, jumlah itu menjadikan Perak negeri kedua tertinggi kutipan saman di Malaysia.

Tawaran berkenaan sebelum ini berlangsung selama 12 hari bermula 20 Mac lalu.

"Bagi daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh mencatatkan kutipan tertinggi iaitu sebanyak RM391,000 diikuti IPD Manjung, RM213,000 dan IPD Taiping, RM199,000," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini.

(Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, Ketua Polis Perak)

Tawaran pengurangan kompaun saman trafik dibuat secara dalam talian sehingga 60 peratus tertakluk kepada saman terpilih.

Ia boleh dibuat melalui aplikasi MyBayar Saman atau secara fizikal di semua kaunter bayaran trafik di ibu pejabat polis kontinjen dan daerah di seluruh negara.

Media Baharu