fb fb fb fb fb

DIPKN dilancar pada Pameran Antarabangsa Maritim, Aeroangkasa LIMA'23

KUALA LUMPUR, 4 April- Dasar Industri Pertahanan dan Keselamatan Negara (DIPKN) akan dilancarkan pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA'23) yang dijadual berlangsung pada 23 hingga 27 Mei ini.

Jelas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan, selain itu, satu rang undang-undang berkaitan industri pertahanan akan dibentangkan di Parlimen.

"Industri pertahanan ini amat besar, berbilion ringgit. Jadi jika kita boleh jayakan dengan baik, diatur, diurus dengan baik dan ada akta, maka kementerian yakin Malaysia boleh menjadi negara pengeluar aset pertahanan.

"Ketika ini situasinya masing-masing buat hal sendiri. Jadi industri ini tidak akan ke mana-mana.

"Banyak negara seperti Indonesia, Turkiye, Thailand, UAE (Emiriah Arab Bersatu) dah ada dasar mereka, ada agensi yang dikawal selia kerajaan sebab itu industri mereka berkembang dan maju," katanya.

(Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan)

Tambahnya lagi, DIPKN adalah satu dasar penting kepada industri pertahanan serta garis panduan kepada Kementerian Pertahanan dalam aspek menjadikan Malaysia sebagai pengeluar aset ketenteraan.

Datuk Seri Mohamad menjawab soalan tambahan Senator Mohd Apandi Mohamad.

Media Baharu