KEMAMAN, 12 Disember - Seorang anggota polis berpangkat sarjan maut selepas kereta yang dipandu terbabit dalam kemalangan di sini pagi tadi.
Kemalangan berlaku kira-kira pukul 7 pagi di kilometer 306.6, Lebuhraya Pantai Timur Dua (LPT2) berhampiran susur keluar Plaza Tol Kijal.
Mangsa, Sarjan Raja Zulkifli Raja Husain, 49 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian badan.
Ketika kejadian, mangsa dilapor sedang dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Seberang Pintasan, Dungun menuju ke tempat kerjanya di Ibu pejabat Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Kuantan.
Siasatan awal mendapati, tayar belakang kenderaan yang dipandu pecah menyebabkannya hilang kawalan dan melanggar besi penghadang jalan.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli, ketika dihubungi mengesahkan laporan kemalangan tersebut.
Mayat mangsa kemudiannya di ke Hospital Kemaman untuk proses bedah siasat dan urusan selanjutnya.
Kes akan disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987